KHUSUS AFDALLUS SURAH
Khusus Afdallus Surah adalah surah-surah pilihan dan istimewa dari Al Quran yang pernah menjadi amalan dan sunnah oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis shahih. Namun begitu, hendak kita ketahui bahawa KESEMUA Surah-Surah dan Ayat-Ayat didalam Al Quran itu adalah bagus dan ia membawa fadhilat, hikmah dan barakah tersendiri jika dibaca dan mengamalkannya. Tiadalah saya membeza-bezakan keunggulan sesuatu surah atau ayat antara yang lain tetapi yang menjadi pilihan adalah surah-surah tertentu yang menjadi tumpuan dan wasiat dari Baginda Rasulullah s.a.w bahawa surah dan ayat ini amatlah afdal untuk kita umat Islam beramal dengannya secara routin, berulangan dan berterusan, selain dengan hanya mengaji Al Quran secara bermukasurat dari mula hingga khatam.
Inilah senarai dan huraian ringkas surah-surah pilihan yang sedia saya membimbing anda jika anda berminat sungguh untuk menjadikan sebagai amalan bekalan dan penyelamat anda dari siksaan alam barzakh dan api neraka. Pernyataan ini bukan dari saya tetapi datangnya dari sumber seorang yang teramat mulia dan tidak pernah dia bertutur dusta walaupun sekali dalam kehidupan dia, dan dia yang menjaminkan kata-kata itu adalah Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Begitu juga yang telah difirmankan Allah dan janji Allah pasti terjadi. Semuanya terpulang pada niat, keyakinan pada diri sendiri.
AMALANAH AFDALLUS SURAH-RANGKAIAN 1
- SURAH YASSIN (HATI AL QURAN)
Daripada Ma’qal bin Yaasar r.a. bahawasanya telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “ Hati al-Quran ialah Surah Yasiin, tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampunkan oleh Allah dosanya, dan bacalah Surah Yasiin kepada mereka yang hampir akan mati dan selepas mati.” (Riwayat Ahad, Abu Daud dan An-Nasai)
Daripada Jundub r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Yasiin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosanya.” (Riwayat Malik, Ibnus-Sunni dan Ibnu Hibban)
Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Surah Yasiin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “al-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan tuannya (pembacanya) dengan kebaikan dunia dan akhirat dan yang menanggung segala bala dan kesusahan dunia dan akhirat dan dinamakan juga sebagai perisai dan penunai hajat, yang melindungi pembacanya dari setiap keburukan dan kejahatan dan yang menunaikan bagi pembacanya segala hajat dan kemahuan.” (Riwayat Said bin Mansur dan Al-Baihaqi dari Hasan bin Aziah)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati al-Quran ialah Surah Yasiin; sesiapa yang membaca Surah Yasiin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali membaca al-Quran seluruhnya.” (Riwayat At-Tirmizi dari Anas r.a.)
- SURAH AL MULK (PELINDUNG DARI SIKSA KUBUR DAN API NERAKA)
Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
Rasulullah s.a.w bersabda: “Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya mneyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur. Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.”- Ibn Abbas
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya di dalam al-Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu Surah al-Mulk.” (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Daripada Ibnu Abbas r.a., seorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca Surah al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kuburan yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah al-Mulk sehingga khatam.” Aka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan dan yang menyelamatkan dia dari seksa kubur.” (Riwayat At-Tirmizi)
Daripada Jabir r.a.: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca Surah Alif Laam Miim al-Sajdah dan al-Mulk.” (Riwayat At-Tirmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu Surah di dalam al-Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam Syurga iaitu ‘Tabaarakal-ladzii’.” (Riwayat At-Tabrani)
Dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.” (Riwayat An-Nasai)
Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Mulk dan as-Sajdah pada waktu malam maka keadaannya seperti ia menemui malam Lailatul-Qadr.” (Riwayat Anas r.a.)
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
- SURAH AR RAHMAN (PENGANTIN AL QURAN)
"Bagi setiap sesuatu ada mempelainya(pengantin), sedangkan mempelai Al-Qur'an adalah surat Ar-Rahman" (HR. Al Baihaqi )
Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meridhai nikmat yang dikaruniakan padanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/187).
Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: “Jangan tinggalkan membaca surat Ar-Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak menentramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhannya bersamanya pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia yang paling indah, dan baunya paling harum. Pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri di hadapan Allah yang lebih dekat dengan-Nya daripadanya. Pada saat itu Allah berfirman padanya: Siapakah orang yang sering bangun malam bersamamu saat di dunia dan tekun membacamu. Ia menjawab: Ya Rabbi, fulan bin fulan, lalu wajah mereka menjadi putih, dan ia berkata kepada mereka: Berilah syafaat orang-orang yang mencintai kalian, kemudian mereka memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka. Lalu ia berkata kepada mereka: Masuklah kalian ke surga, dan tinggallah di dalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).
- SURAH AL WAQIAH( SURAH KEKAYAAN/TOLAK KEMISKINAN)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
- SURAH KAHFI (NUR DAN PENYELAMAT DARI DAJJAL)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi, ia akan terjaga selama delapan hari dari setiap fitnah, jika Dajjal keluar dalam delapan hari Allah akan menjaganya dari fitnah Dajjal.” Hadis ini bersumber dari Ubay bin Ka’b dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia tidak akan terkena bahaya fitnah Dajjal, barangsiapa yang membaca seluruh ayatnya ia akan masuk surga.” Hadis ini bersumber dari Sammarah bin Jundab dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)
Rasulullah saw bersabda:“Maukah aku tunjukkan padamu suatu surat yang diikuti oleh seribu malaikat ketika diturunkan, dan keagungannya memenuhi antara langit dan bumi?” Sahabat menjawab: Mau. Rasulullah saw bersabda: “Surat Ashhabul Kahfi. Barangsiapa yang membacanya pada hari Jum’at, Allah akan mengampuni dosanya sampai Jum’at berikutnya dan ditambah tiga hari, diberi cahaya yang mencapai ke langit, dan akan terjaga dari fitnah Dajjal.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’ dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, ia akan terjaga hingga tahun berikutnya dari setiap fitnah, dan jika Dajjal keluar ia akan terjaga darinya.” Hadis ini bersumber dari Said bin Muhammad Al-Jurmi dari ayahnya dari kakeknya dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi setiap malam Jum’at, ia tak akan mati kecuali mati syahid, Allah akan membangkitkannya sebagai orang yang syahid, dan pada hari kiamat ia akan bersama orang-orang yang syahid.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi setiap malam Jum’at, ia diampuni dosanya antara Jum’at dan Jum’at berikutnya.” Hadis ini bersumber dari Ayyub bin Nuh dari Muhammad bin Abi Hamzah dari Imam Ja’far Ash-Shadiq. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)
- SURAH MUNAFIQUN
Surah Munafiqun dapat melepaskan anda daripada sifat-sifat munafiq dalam diri anda.
- SURAH AL A'LAA
Surah al-A’la, ia adalah surah yang sangat digemari oleh baginda Rasulullah s.a.w. (Hadith Riwayat Ahmad)
Menurut sebuah hadis rasulullah saw yang diriwayatkan oleh at tirmizi dan an nasai bahawa baginda setiap malam membaca surah surah yang mengandungi kalimah tasbih,sabda baginda saw yang bermaksud sesungguhnya pada sura yang terdapat kalimah t5asbih terdapat satu ayat yang lebih baik dari 1000 ayat,seorang sahabat,ubai bin ka'ab mengatakan,surah yang utama mengandungi tasbih ialah surah al a'laa.
Syed Qutub berkata, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dari al-Imam Ali Karamallahu Wajhahu, bahawa Rasulullah SAW kasihkan surah al-A'la.
Tersebut di dalam Sahih Muslim bahawa baginda membaca surah al-A'la dan al-Ghasiyah dalam solat dua hari raya dan hari Jumaat.
Baginda juga membaca kedua-dua surah itu untuk sembahyang hari raya dan sembahyang Jumaat yang jatuh pada hari Jumaat.
Memang wajar bagi Rasulullah menyintai surah ini, kerana surah ini menukarkan seluruh alam menjadi sebuah tempat ibadat di mana bergema ucapan tasbih dan tahmid di seluruh sudutnya, dan menjadi sebuah tempat pameran yang penuh dengan kejadian-kejadian yang mengilhamkan tasbih dan tahmid. Selain itu, apabila Rasululah selesai baca ayat yang terakhir dari surah ini, lalu Baginda senyum. Ini kerana diakhirnya surah Al A'laa ini mengesahkan Al Quran yang dibawakan oleh Nabi Muhammad adalah kitab yang benar dan kandunganan Al Quran itu merangkumi apa yang ada didalam suhuf atau kitabnya Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
- SURAH AL BAIYYINAH
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. setelah mendengar orang membaca surah ini lalu berfirman kepada pembacanya: “Bergembiralah kamu hai hamba-Ku; dengan kemuliaan-Ku, Aku tidak akan melupaimu dalam setiap gerak tingkah lakumu di dunia dan di akhirat; dan Aku tempatkan kamu di dalam Syurga atas keredhaanmu.””
- SURAH AZ ZALZALAH
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah az-Zalzalah, maka bandingannya seperti membaca separuh al-Quran.” (Riwayat At-Tirmizi dari Anas)
Al-Tarmizi, Abu Daud dan al-Nasa’i telah meriwayatkan sebuah hadith dari ‘Abdullah Ibn ‘Amru katanya: Pada suatu hari seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw dan berkata: “Bacakan(ajarkan) kepada ku wahai Rasulullah.”
Sabda Rasulullah saw kepadanya: “Bacalah tiga surah yang bermula dengan huruf “ra.”
Lelaki itu berkata: “Usiaku telah lanjut, hatiku sudah keras(sukar menghafal) dan lidahku pula sudah sukar untuk mempelajari(surah-surah yang panjang).”
Sabda Baginda: “Bacalah tiga surah yang bermula dengan Hamim(حمٓ) .”
Lelaki tersebut mengulang semula alasannya yang pertama tadi.
Lantas Baginda bersabda: “Bacalah tiga surah yang bermula dengan tasbih.”
Namun lelaki berkenaan terus mengulang alasannya tadi dan berkata : “Tapi bacakan(ajarkan) kepadaku satu surah yang meliputi semua itu, wahai Rasulullah.”
Lalu Baginda pun membacakan kepadanya: “إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا ”
Selesai sahaja Baginda membacanya, beliaupun berkata(dengan puashati): “Demi yang mengutuskan anda sebagai Nabi dengan kebenaran. Aku tidak akan minta tambahan lebih dari ini selama-lamanya.” Kemudian lelaki itu pun beredar. Sabda Rasulullah saw: “Berjayalah lelaki itu,berjayalah lelaki itu.”
- SURAH AL KAFIRUN
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kaafiruun maka bandingannya seperti membaca seperempat al-Quran; disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristimewa bencana yang mengejutkan.” (Riwayat At-Tirmizi dari Anas)
Ada satu lagi kisah yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi, beliau menyatakan hadith ini hasan sahih. Hadith ini diriwayatkan dari Anas Ibn Malik: Pada suatu hari Rasulullah saw bertanya kepada salah seorang lelaki dari kalangan para sahabat; “Adakah kamu sudah berkahwin?”
Lelaki tadi menjawab: “Belum lagi, wahai Rasulullah. Aku tidak mempunyai apa-apa untuk berkahwin.”
Sabda Baginda: “Bukankah kamu memiliki(boleh membaca) قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ?”
“Ya.” Jawab lelaki itu.
Sabda Baginda: “Itu sepertiga al-Qur’an.”
Sabda Baginda lagi: “Bukankah kamu memiliki إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ ?”
Katanya: “Ya.”
Sabda Baginda: “Itu adalah seperempat al-Qur’an.”
Sabda Baginda lagi: “Bukankah kamu ada قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ ?”
“Benar.” Jawab lelaki tersebut.
Sabda Baginda: “Itu adalah seperempat al-Qur’an.”
Sabda Baginda: “Bukankah kamu ada إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ ?”
Jawabnya: “Ya.”
Sabda Baginda: “Itu pula adalah seperempat al-Qur’an, (jadi pergilah) berkahwin.”
- SURAH SADJADAH
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.
- SURAH DUKHAN
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”
AMALANAH AFDALLUS SURAH-RANGKAIAN 2
- SURAH AL BAQARAH
- SURAH NUR
- SURAH AN NABAA'
- SURAH AL BURUUJ
- SURAH QAF
- SURAH AT TAARIQ
AMALANAH AFDALLUS SURAH-RANGKAIAN 3
- SURAH AL MUKMIN
- SURAH FUSSILAT
- SURAH AS SYURAA
- SURAH AL JAATHIYAH
- SURAH AL AHQAAF
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Di dalam al-Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan “Ha Miim”, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah: “Ya Allah! Janganlah Engkau masukkan (ke dalam neraka ini) orang yang percaya kepada aku dan membacaku.””
(Riwayat Al-Baihaqi dari Khalil)