Khusus Wajib

Bahagian 1-
KHUSUS PEMBUKAAN ILMU MEMBACA 




Doa Membaca Al Quran, Bacaan Ta'awudz  dan  Basmallah


Khusus Pembukaan (Muqaddimatul Khusus) adalah pimpinan latihan yang pertama akan dialukan sebelumnya bermula khusus pengajian. Sebagai muqaddimah ilmu qiraat(pembacaan), pelajar perlu tahu doa ringkas sebelum dan selepas membaca  Al Quran dan juga hukum membaca Ta'awudz dan Basmallah apabila hendak membaca Al Quran dan dengan cara tartil membacanya. Turut saya bekalkan anda dengan ayat penerang hati sebagai hadiah untuk amalan anda.

Berikut adalah khiasan ilmu yang bakal dipelajari dan menghafalnya.

DOA MEMBACA AL QURAN




HUKUM MEMBACA TA'AWUDZ

“Apabila engkau membaca Al-Qur’an, maka mohonlah perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk 
(QS, An-Nahl 98)

Maksudnya : bacalah ta’awudz 

(أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ)

Jika hendak membaca Al-Qur’an. Setelah membaca ta’awudz diteruskan dengan membaca basmallah kecuali Surah At-Taubah (tanpa didahului basmalah).




HUKUM MEMBACA BASMALLAH

                                                                           

Mendahulukan sesuatu itu dengan membaca ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan dan memiliki fadhilat yang sangat besar kerana ia mengutamakan Asma dan Kebesaran Allah SWT.


Allah SWT sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca ‘Basmallah’.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun mengucapkan ‘Bismillahir-rahmanirrahim’ kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan”.

Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya.” (Surah al-An’am, ayat 118).

Rasulullah SAW bersabda: “Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya bekas minuman yang dibuat daripada kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca ‘Basmalah’, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka.” (Hadis Riwayat Muslim).


Rahsia 19 Huruf

Perkataan Basmallah (sebutan penuh dalam bahasa Arab) mempunyai 19 huruf yang menunjukkan bilangan malaikat yang menjaga neraka (Saqar) seperti firman Allah SWT: “Dan apa jalan engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?; Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus); Ia terus membakar kulit manusia!; Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).” (Surah al-Muddatthir, ayat 27-30).


Daripada riwayat Ibn Mas’ud r.a.: “Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia membaca Bismillah, Allah akan menjadikan bagi setiap huruf itu sebagai pendinding bagi malaikat itu.”


PENGETAHUAN 4 CARA PEMBACAAN

Diberi pengetahuan dan kefahaman tentang 4 cara bacaan :

'berhenti semua' ,'berhenti-sambung', 'sambung-berhenti' dan 'sambung semua'.







Bahagian 2 -
KHUSUS WAJIB 




PENGAJIAN : Surah Umm al-Qur'an + Surah Al-Muawwizat

Khusus wajib adalah latihan khusus yang mesti semua pelajar menjalani sebelum belajar surah-surah yang lain. Pentingnya memperhalusi dan mempersempurnakan bacaan pada Surah Al Fatehah adalah kerana surah ini adalah surah yang wajib dibaca didalam solat yang menjadi antara rukun sahnya sembahyang itu. Kemudian, pelajar akan dilatih membaca 3 surah terakhir didalam Al Quran iaitu surah '3 Qul' sebagai surah tambahan dan pembekalan untuk amalan harian yang juga boleh dibuat baca didalam solat.

Kepentingan untuk menghadiri khusus wajib ini adalah sebagai pendahuluan ilmu membaca, mengenal ciri dan cara Al Quran Rasm Uthmani, juga sebagai penyambut penerimaan bimbingan saya kepada anda. Dalam waktu penyampaian khusus wajib ini, anda akan dapat mengenal cara mengajar saya dan kemantapan ilmu yang saya sampaikan. Disini juga anda boleh buat pernilaian jika saya berkelayakan untuk membimbing anda seterusnya atau anda mahu mengundur diri selepas tamat khusus wajib ini.

Berikut adalah khiasan ilmu yang bakal dipelajari.


Surah Al-Fatihah (Ibu Al Quran)

Disebut dalam Sahih Al-Bukhari bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Sa'id bin Al-Mu'alla yang bermaksud :

"Aku akan ajarkan kepada engkau satu Surah yang merupakan Surah yang teragung di dalam Al-Quran iaitu ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ yang mempunyai tujuh tempat berhenti dan merupakan (ayat) Al-Quran yang agung yang dikurniakan kepadaku."



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. [Surah Al-Fatihah:1-7] 

Surah Al-Fatihah diwahyukan di Makkah dan bilangan ayatnya ialah tujuh ayat berdasarkan ijma' ulama.Dinamakan Al-Fatihah kerana Surah tersebut menjadi Pembuka kepada Al-Quran ,yakni merupakan surah yang pertama dari segi tertib penyusunannya di dalam Al-Quran walaupun bukan dari segi penurunannya.

Surah ini walaupun pendek,sebenarnya merangkumi segala pengertian,objektif dan perbendaharaan Al-Quran secara umum.Justeru itu,surah ini dikenali juga sebagai "Umm al-Qur'an"(Ibu Al Quran).Ini dapat diperhatikan apabila Surah ini memperkatakan asas-asas agama yang merangkumi:

a) Aqidah merangkumi keimanan kepada Allah SWT,sifat-sifat-Nya,keesaan-Nya,kurniaan nikmat dan keimanan pada hari akhirat. (Ayat 1-5)

b) Ibadah,termasuk persoalan doa,memohon pertolongan dan hidayah,ikhlas,istiqamah dan kesatuan ummah. (Ayat 6)

c) Minhaj kehidupan,iaitu pemilihan tata cara kehidupan yang benar dan diredhai. (Ayat 7)



AL FATEHAH DAN SOLAT


"Tidak sah solat bagi orang yang tidak membaca Fatihah." (Hadis Al Bukhairi)


" Apabila engkau telah berdiri dan menghadap kiblat maka takbirlah,
kemudian bacalah Umm al-Qur’an dan apa-apa yang Allah kehendaki untuk kau baca. Apabila engkau rukuk maka letakkanlah kedua telapak tanganmu di atas kedua lututmu." (Riwayat Abu Daud)

Terdapat banyak hadis Rasulullah S.A.W. mengenai fadilat,faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Fatihah ini.Di antara sabda baginda bermaksud:

"Membaca Fatihah kitab (Al-Quran) mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran."

__________________________________________________________________________


Surah Al-Muawwizat 
(Pelindung-Pelindung)- Surah 3 Qul


‘Surah Al-Muawwizat’ yang lebih dikenali sebagai ’3 Qul’ adalah surah-surah yang terdiri daripada Surah Al-Ikhlas (112), surah Al-Falaq (113) dan surah An-Naas (114).

Ibnu Hajar Al Asqolani menyatakan bahawa; “Yang dimaksudkan dengan ‘Al-Muawwizat’ adalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.” (Fathul Bari 9/62)

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak sepertinya iaitu ‘Al-Mu’awwizataini’ (Surah An-Naas dan surah Al-Falaq). Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mencukupkan kedua-duanya dengan ‘Surah Al-Ikhlas’, sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia.” (HR. At Tirmidzi).



Fadhilat Beramal dengan Surah Al-Muawwizat

Keistimewaan dan khasiatnya mengamalkan ‘Surah Al-Muawwizat’ (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas) adalah;


  • Pelindung / pendinding diri.
  • Penyembuh segala penyakit zahir dan batin.
  • Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna.
  • Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan.
  • Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu.

Surah Al-Ikhlas

Surah Al Ikhlas adalah surah ke 112 dalam Al Qur’an dan terdiri dari empat ayat. Surah ini menegaskan kemurnian keesaan Allah  (Subhanahu wa-Ta’ala) dan menolak segala kemungkinan kemusyrikan dan menerangkan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamaiNya. Ia juga merupakan pengisytiharan ringkas tauhid, keesaan mutlak Allah (Subhanahu wa-Ta’ala).


Surah Al-Ikhlas disebut surah keselamatan kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakratulmaut, menyelamatkannya dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat.

At-Tabrani dan an-Nu'aim mengikhraj dari Rasulullah SAW, baginda bersabda, "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas saat sakitnya yang menghantarnya pada kematian maka ia tidak berjamah fitnah di dalam kubur dan aman dari penyempitan kubur pula ia dibawa malaikat dengan tapak tangannya hingga melampaui sirat sampai syurga"


KISAH SURAH IKHLAS DAN SAIDINA ALI k.w r.a

Cintailah seseorang itu secara diam-diam dan ikhlas, seperti kisah cinta suci Saidatina Fatimah r.a dan Saidina Ali k.w, yang akhirnya Allah pertemukan jua. sesungguhnya mereka yang mencintai secara diam itu sedang berjihad. berjihad menentang kehendak diri, menundukkan nafsu hati. Begitulah antara mereka berdua itu yang harus menyimpan rasa hati demi mengagungkan cinta yang sejati iaitu Cinta pada Allah, dan demi menjaga kesucian Islam dan silaturahim kerana diantara sahabat-sahabat Nabi juga ramai yang meminati puteri Nabi,Saidatina Fatimah r.a.

Akhirnya, Rasulullah s.a.w pada suatu malam memberikan tawaran melalui cabaran perlaksanaan, iaitu barang-siapa yang mendapat mengkhatam Al Quran dimalam hari itu hingga ke sebelumnya masuk waktu subuh nanti, maka orang itulah yang layak mengawini puteri baginda. Dengan itu  selepas solat Isyak, ramai yang lekas pulang dan mula membaca Al Quran dengan sepantas dan secepat munkin. Ada yang berhenti selepas seketika kerana penat, ada yang berputus asa, ada yang berehat seketika dan sambung membaca dan ada pula mengharap-harapkan bahawa ada diantara sahabat juga tidak dapat khatam habis tetapi akan terpilih menjadi pemenang adalah siapa yang dapat membaca lebih banyak.

Pada bertemunya mereka semua untuk solat subuh, dengan megeluh dan kegantukkan, bertanya akan satu sama lain jika ada diantara mereka yang sudah khatam seluruh 30 juz Al Quran. Tiada satu pun diantara mereka yang dapat melaksanakannya, lalu mereka bertanya pada Saidina Ali r.a pula yang nampak segar dan tidak kelihatan tanda seperti orang yang telah berjaga semalaman mengaji Al Quran. Saidina Ali r.a cuma menjawab bahawa beliau tidur awal semalam selepas pulang dari solat Isyak.

Kemudiannya selepas selesai solat subuh, Nabi pun bertanya pada mereka yang ada jika ada diantara mereka yang dapat mengkhatamkan Al Quran. Setelah sekian beberapa waktu berlalu tanpa seseorang pun yang menyahut pertanyaan Nabi itu, lalu Saidina Ali r.a pun mengangkat tangannya dan menjawab, "Saya, Ya Rasulullah". Lantas Nabi bertanya akan bagaimana beliau boleh melakukan itu. Saidina Ali r.a pun menjawab," Saya hanya membaca Surah Qulhuallahu Ahad 3 kali, kerana saya pernah dengar anda menyatakan bahawa 'Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran'.

Ringkasan kisah ini, dengan begitulah Saidina Ali r.a dan Saidatina Fatimah r.a dapat akhirnya menyatukan cinta mereka.


Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda,
 "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran"





Surah Al-Falaq


Surah Al-Falaq (سورة الفلق) adalah surah ke-113 dalam Al-Qur’an. Ia mengandungi 5 ayat dan tergolong surah Makkiyah yang diturunkan selepas Surah Al-Fiil. Nama Al-Falaq diambil dari kata ‘Falaq’ yang terdapat pada hujung ayat pertama surah ini yang bermaksud ‘seluruh makhluk’ atau sebahagian ahli tafsir berpendapat ‘waktu subuh’.


KISAH PENURUNAN SURAH AL FALAQ

Dalam riwayat Al-Baihaqi, diceritakan bahawa surah Al-Falaq dan An-Naas diturunkan pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam disihir oleh seorang Yahudi yang bernama Labid bin al-A’sham dengan sebelas simpulan tali, dimana setiap kali dibacakan satu demi satu ayat-ayat dari kedua surah tersebut, maka terlepaslah simpulan itu satu persatu. Kisah tentang disihirnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ini sendiri terdapat dalam Shahih Al-Bukhari.

Menurut Abdullah Yusuf Ali pula, pada waktu zaman kenabian Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, terdapat seorang bomoh perempuan yang mengenakan sihir hitam ke atas musuhnya menggunakan sihir pada simpulan. Dengan itu, Allah SWT menurunkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir tersebut.

Al-Imam Muhammad Abduh berkata: Dalam masalah ini, terdapat lebih banyak hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah disihir oleh Labid Ibn al-A’sam. Sihir itu telah berjaya mempengaruhi (meresapi) diri Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam, sehingga mengkhayalkan Baginda dan menyebabkan Baginda seolah-olah melakukan sesuatu padahal baginda tidak melakukannya, atau baginda seperti mendatangi sesuatu, sedangkan Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tidak mendatanginya.

Kemudian, Allah SWT menjelaskan kepadanya hal itu, seterusnya bahan sihir itu dikeluarkan daripada sebuah perigi. Setelah itu barulah Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam sembuh daripada penderitaannya dan diturunkan surah ini.


KEISTIMEWAAN SURAH AL FALAQ

1.  Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda: “Apakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu ialah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu Birabbin Naas’ (An-Nas).”  (HR Muslim r.a.)

2.  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) kerana kamu tidak dapat membaca mana-mana surah yang amat dicintai Allah SWT dan sangat cepat diterima Allah SWT, seperti surah ini. Maka semana mampu kamu janganlah kamu tinggalkannya.”

3. Disebut pada riwayat lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kamu tidak dapat membaca apa-apa yang sangat pantas sampai kepada Allah SWT seperti ‘Qul A’udzu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq).”



Surah An-Naas



Surah An-Nas adalah surah terakhir iaitu yang ke 114 setelah Surah Al Falaq, dalam Al Quran. Ia terdiri daripada enam ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah (turun sebelum hijrah). Nama ‘An-Nas’  yang bermaksud manusia, diambil dari perkataan ‘An-Nas’ yang disebut pada setiap akhir ayat surah ini.
Surah ini pendek dan ringkas namun membawa erti mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana. Iaitu ia menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.


Surah ini pendek dan ringkas namun membawa erti mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana. Iaitu ia menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.


Fadhilat Surah An-Nas :

Surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah SWT dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
1.  Surah An-Nas merupakan salah satu ‘Al Mu’awwidzataini’, iaitu dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan.
2.  Surah An-Nas ini juga adalah dianggap surah penenang dan penerang hati.
3.  Surah An-Nas, jika dibaca sebanyak 1000 kali, boleh menjadi pengasih dan daya penarik.


Daripada Aisyah r.ha. katanya : “Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menatadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.” (Hadis Riwayat Bukhari)





والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)